Kamis, 25 Mei 2017

10 TANDA LELAKI DI CINTAI OLEH JIN WANITA

Berita Seram - Anda pernah membayangkan wanita yang anda suka? Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik? Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.
Bisa jadi itu anda sedang mengalami atau sedang dicintai oleh jin betina. Astagfirullah, Nasihat author sebaiknya kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.

Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:

1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak suka berada dikhalayak ramai.

3) Suka melamun dan berkhayal perkara-perkara romantik.

4) Suka sendirian ketika berjalan terutama pada waktu malam.

5) Suka duduk melamun sendirian di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada wanita, baik wanita yang baru atau pun telah lama kenal.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mulai melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda tidur dan jaga.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka sangat bahaya. Kerana mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih buruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahwa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

0 komentar:

Posting Komentar